Maka dengan ini, akhirnya aku berjaya juga membuat posting yang pertama kat blog juniorim ni. Aku rasa hilang sikit beban kat kepala aku yang rasa bagai nak gila ni. Sikit je lagi, confirm habislah aku sebab banyak sangat hal yang perlu aku fikirkan.![]()
Ala maklumlah, aku kan sudah janji dengan si yazid ni untuk tolong postingkan apa-apa kat blog ni tapi masih belum ade kesempatan lagi so kiranya hari ni adalah antara hari keramat jugak lah. Agaknye !! ![]()
Mesti ramai yang dok tertanya-tanya tu, kenapalah aku beriya-iya nak posting kat blog juniorim ni. Jawapan aku mudah dan ringkas iaitu mahu mengisi segala masa aku dan supaya luahan hati aku ni dibaca oleh ramai orang.
Maklumlah, aku ni kan gila glomour sikit.
Sebenarnya, aku pun kering idea nak posting apa dekat blog juniorim ni tapi takpe, akan aku cuba untuk bangkitkan mana-mana isu yang agak hangat atau hangit kat sini. Aku ni boleh dikira ala-ala penulis blog murahan gitu tapi aku tak pasti samada aku punya posting kaya atau tidak. Bak kata Nabil “Lu fikirlah sendiri”.
Cukup !! Aku rasa tak perlu panjang-panjang aku nak merepek kat sini disebabkan aku faham korang bukan nak baca sangat pun apa aku taip ni. Semoga, posting ni menjadi titik tolak aku yang pertama dan bukannya yang terakhir kat sini. ![]()
p/s: Korang perlukan sesuatu yang mengempaqkan? Layan kat SINI










